Sunday, January 24, 2016

Ku ikhlaskan hati... Ku relakan kamu pergi...

Kalau paras rupa yg menjadi ukuran, aku rela mengundur diri. Bukan tak mahu berusaha lagi tapi..paras rupa yg kamu dambakan itu, sesuatu yg memang aku tak dapat nak kekalkan.. Walau seberapa lama aku menanti jawapan kamu, tetap aku akan merelakannya.. Relakan kamu pergi... Aku halalkan semua usaha yg telah aku lakukan utk memenangi hati kamu. Aku sama sekali tidak akan marah (seperti yg aku katakan dahulu) untuk semua keputusan kamu itu.. Semoga dengan memilih yg rupawan, hidup kamu lebih bahagia. Aku akan sentiasa doakan kamu. InsyaAllah cinta aku sejak dari awal adalah ikhlas utk kamu... Sepertimana impian aku utk bertemu kamu kelak di syurga insyaAllah...

Semoga Allah mengganjari aku dengan pahala.. Semoga keluarga aku sentiasa bahagia.. Terima kasih untuk semua pengalaman indah yg telah dilalui.. Semua akan ku ambil iktibar..menjadi bekalan pelajaran utk masa hadapan...

Wednesday, January 20, 2016

Andai aku di tolak...

Persoalannya, perlu x aku marah? Atau sakit hati atau kecewa.. andai org yg aku nyatakan yg aku sayang tu, menolak pelawaan ku utk ke peringkat yg lebih serius? (Maksud aku ke alam pernikahan)... Jawapan nya sudah tentu tidak.. Kalau betul² ikhlas menyayangi, walau cinta tak berbalas, tetap aku akan mendoakan kebahagiaan kamu...seikhlas hati aku.. Kamu yg aku sanjung, semoga sentiasa sihat...gembira dan yg paling penting berada dalam keredhaan Allah. Aku teringin bertemu kamu...org yg aku sayang didalam syurga nanti. InsyaAllah...