Friday, October 30, 2015

iMAN FiRDAUS (KAU AKU KITA)

Assalamualaikum selamat pagi uolss..


Malam tadi tak dapat tido lena weh...Nak tau kenape??

Sebab ayat nih...

"Kalau aku jatuh cinta dengan kau, aku takkan lepaskan kau.. Sama jugak macam kau..kalau kau jatuh cinta dengan aku, jangan la lepaskan aku...."

~ayat kat atas ni macam manje giler kot..hehehe~ 

Drama ni aku tak sengaja tengok dua malam baru ni (setiap Rabu dan Khamis jam 9)...

Tengah kami syok-syok buat kuih raya Deepavali (dengan housemate aku budak indian..)...Terbahak-bahak kami tengok cerita ni... Takde la kelakar sangat, tapi lain la dari cerita yang lain... (sila jangan pelik kenape aku mcm selok sikit...bagi orang yang 'hantu' novel, dah biase kut cerita camni..hihi...aku tak suka sangat baca novel...memang tak pernah baca novel pon..huhu)

Hero dan heroin nama sama..Iman Firdaus...back ground berbeza...hmm..apepon...ayat dia memang best lah..ahahaha...

Aku tgok Shiela Rusly ade post kat FB dia (resipi shiela rusly) tuh pasal drama ni... Aku yang dah memang dari awal salin ayat tuh and bubuh kat wechat moment aku, terus paste kat comment dia...tasangka wehh..dapat banyak 'like'...wahahaha...aku feeling-feeling retis sangat harini... Ya Allah..nasib baik aku bukan retis...gini rase dia rupanye..hahahah... (mujur org biasa huhuhu)

Meh nak blanjer gambar skit..bagi bukti..wahahahaha (ketawa excited feeling retis..hehehehe)
Yang penting admin page tuh reply eh..tuh bukti..ahahahahaha (excited lagik)...

Tapi bukan aku nak menggalakkan orang cintan cintun ye...Harap takde yg salah paham.. Dalam cerita tuh, Iman Firdaus yg lelaki ajak Iman Firdaus yang perempuan nikah kontrak... Tapi sampai bila kontrak tuh habis, tak pasti... Yang si heroin takut termengandung...Jadik nnti mcm mane... Sebab tu la si hero ni cakap ayat sedemikian...("Kalau aku jatuh cinta dengan kau, aku takkan lepaskan kau.. Sama jugak macam kau..kalau kau jatuh cinta dengan aku, jangan la lepaskan aku....")

 Harap2 diorang fall in luv each other dan takkan lepaskan pasangan ini..hihihihi..sweet kan ;)




(cepat2 tambah like..hahahaha..)


Wednesday, October 28, 2015

Aku Takut Kehilangan Mu

Ahh...
Sungguh-sungguh aku benci perasaan ni...
Doa agar perasaan ini pergi..
Remember must remember...
People always leave...
Harap-harap perasaan takut ini hilang...
Supaya tidak menjadi lemah...perasaan kebergantungan kepada manusia...
Aku diuji atau dia benar-benar mahu pergi???

~aku takut kehilanganmu~

Bencinye... :'(



Wednesday, October 7, 2015

Ghuraba' (Strangers) by Said Al-Ghamidi

Assalamualaikum...


Ni nak share, nasyid kegemaran sy... Ghuraba' (Strangers)


غرباءغرباءغرباء,غرباء
غرباءغرباءغرباء,غرباء


غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة 
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة 
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة 
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة 
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life


---------------------------------------------------------------------------------------------


إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة 
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة 
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة 
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة  
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

---------------------------------------------------------------------------------------------

غرباءغرباءغرباء,غرباء
غرباءغرباءغرباء,غرباء


لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود 
We never care about the chains, rather we'll continue forever

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود 
We never care about the chains, rather we'll continue forever

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد 
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد 
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد 
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد 
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

---------------------------------------------------------------------------------------------

غرباءغرباءغرباء,غرباء
غرباءغرباءغرباء,غرباء


كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء 
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء 
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

---------------------------------------------------------------------------------------------

غرباءغرباءغرباء,غرباء
غرباءغرباءغرباء,غرباء


غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة 
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة 
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة 
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة 
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة 
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة 
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة 
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة 
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

---------------------------------------------------------------------------------------------

غرباءغرباءغرباء,غرباء
غرباءغرباءغرباء,غرباء


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"















Monday, October 5, 2015

With The Absence Of Your Words, I Took It As An Answer...

ASSALAMUALAIKUM...

Terima kasih kepada pembaca-pembaca tegar yang sudi meluangkan masa di blog aku yang tah hape-hape ni...huhu.. Ade kawan aku tanye..."weh ko ade blog?"..."ade lah"..."blog pasal ape? ko jual barang ke??"...
Aiyoo..asal blog je, jual barang...Xdelah babe..Blog aku ni pasal aku jelah.. Resipi aku, cerita aku, pendapat aku, pengalaman aku..gitu jelah..hihi...

Entry kali ni nak cerita pasal pengalaman dan pendapat. Sebelum tu nak tanye, pernah tak korang BERTANYA bila korang nak tahu jawapan... atau korang BIARKAN saje sampai jawapan tu datang bergolek depan mata?? Pernah tak korang tahan bila nak tahu something, tapi berbulan-bulan tunggu jawapan tapi menyepi?? Atau pernah tak orang lain bertanya sesuatu kat korang, korang buat 'derk' je membisu...Hmmm...

Aku taktau la keputusan aku untuk BERTANYA tu, betul atau salah. Since aku memang nak sangat-sangat tahu tentang sesuatu lalu aku bertanya. Seakan-akan paksaan bila aku bertanya tanpa putus asa lebih dari dua kali. Bila jawapan yang aku harapkan itu di'hold' (aku taktau nak ganti 'hold' dalam BM..sorry), maka aku sedikit kecewa. Sebenarnye, sebelum bertanya lagi dah nekad nak redha. Susah rupanya redha tuh..huhu..

Pernah tak accidently baca poster camni bunyinya "I LOVE STRAIGHT FORWARD PERSON, THEY MAKE MY LIFE TEN TIME EASIER"...

Berselindung ni payah la tuan2 dan puan2 (eh)... Hmm.. tapi kan kalau orang tu diam je, nak fikir ape?? Biasa kalau kita apply keje (government), mesti ada tempoh valid dia kan.. Contoh; Anda adalah calon simpanan selama dua tahun (lebih kurang ginilah kot)... Means kalau lepas dua tahun takde panggil, korang bukanlah candidate yang berjaya di medan interview aritu...kehkeh.

Aku pikir, macam tu jugaklah dengan kes aku. Kalau diam means NO lah...(bukan diam tanda stuju macam org dolu-dolu) Tapi takkan aku perlu tunggu sampai dua tahun kan.. Tapi taktaulah.. Kalau memang jodoh mungkin tak kemana jugak...hmm..sekian bebelan pengalaman dan pendapat saya...

Jumpa di lain entry dengan bebelan yang lain pula...huhuhuhu

*ini saya..hihi*

Tuesday, July 21, 2015

How to start.. When to start...Hmmm...

Assalamualaikum..kawan-kawan...
Ade satu masalah besar....sangat besar...

Macammane ye nak dapatkan jawapan tapi malu nak bertanya and tak tau cara nak bertanya..
Sebenarnya dulu dah pernah tanya tp tak dapat jawapan secara lisan.. 
Tapi cara dia tuh macam 'MAU'..
Aiyoo.. i bercakap soal hati..manyakkkkk susah :(
Kenapa susah?? Sebab aku PEREMPUAN..
Andai aku LELAKI, aku memang akan tanya dia direct la..peduli ape...haha
....Tapi still, tak boleh ke kalau kami PEREMPUAN ni nak tahu jawapan dari kamu?? Wahai LELAKI itu please jangan rumitkan keadaan..huhuhuhu...

Dia..seorang pemalu..respect sangat2 aku...And aku respect sangat2 cara dia... Dats why aku tak dapat nak buka mulut bila berdepan dengan dia.. Aku tak berani. Kawan2 rapat, nasihatkan aku supaya call saje dan tanya..Jangan face to face... Sebab takut mesej tak sampai gara-gara malu..huhuhuhu... Tapi...mau ke dia nak bincang hal tu?? Hmmm...
Tapi aku tetap nekad..Akan tanya jugak.. Kalau dia taknak, takpe, aku kan dah janji nak redha. Lagipun, dia memang baik sangat orangnye... Memang kalau nak banding dengan aku, aku tak layak untuk dia. Cuma aku teringat kata2 Fatimah Syarha..

"Usah fikirkan sangat tentang betapa tak layaknya kita untuk 'menerima'.. Fikirkan betapa kayanya Allah untuk 'memberi'..."

Ramadhan baru saja berakhir.. sebelum ramadhan aritu aku tekad nak doa sungguh2 berkenaan jodoh.. Tp takde la sungguh mane pun..hmmm..sedih rase..aku sia2 kan peluang tu...hmmm... 

Dah la..taknak tulis panjang-panjang lagi.. Nak sambung pikir and serabutkan otak...hehehehe


Monday, July 13, 2015

Pais Patin Tempoyak Belimbing Hitam (Pahang Dishes)

Assalamualaikum...
Hai hai hai...
Nak citer ni.. Semalam iolls teringin nak makan pais patin... Pastu teringat dulu kala penah update kat blog tp gambar x cantik..hehehe.. So smlm aku snap lah beberapa keping utk gambar yg lebih cun..hihihi...
Aku update skali ngan resipi keh..
Tp resipi kali ni aku tambah belimbing hitam.. Jom cuba...sodapppp ^_^

Bahan-bahan:
1. Cili api (kampung) : 10-20 biji.
2. Sedikit garam, ajinomoto dan kunyit.
3. Sedikit belimbing hitam (belimbing buluh yg direbus bersama garam tanpa air selama 20-23jam)...aku mmg buat stok belimbing ni sepanjang tahun..huhuhu.
4. Semangkuk tempoyak.
5. 12-15 helai daun kesum.
6. 4-5 helai daun kunyit (utk membalut)
7. 2 helai daun pisang (utk membalut)
8. Kertas aluminium (utk membalut since aku nak bakar gune oven)
9. Akhir skali...ikan la..haha.. Ikut korang la nak ikan ape.. Patin sedap, kembung sedap, talapia sedap... Ape2 ikan jelah.. Kalo ikan laut, aku x penah try lagi..korang try la..pastu bagitau aku ape rase dia ok..hehehe

Cara-cara:
1. Tumbuk cili api hingga lumat.. Tambah garam, ajinomoto, kunyit...tumbuk sebati..
2. Masukkan belimbing hitam dan tumbuk lagi..
3. Campurkan bahan-bahan yg ditumbuk dengan tempoyak.. Tambah air sikit..
4. Pastu bahan-bahan yg dh kita campur tadi, kita sapu kat ikan.. Letak daun kesum untuk bagi aroma kat menu kita...
5. Lapik daun pisang, dan daun kunyit.. Susun ikan yang dah disapu dengan campuran tempoyak dan belimbing tadi.. Dah susun, tutup plak dengan daun kunyit..dan bungkus lagi dgn daun pisang..
6. Bungkus dengan kertas aluminium..tp kalau korang nak bakar guna dapur arang, x payah gune kertas aluminium ni.. ^_^…
7. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan.. Suhu: 190°c selama 45-50 minit...

*cili api..garam n ajinomoto..kunyit..belimbing hitam*

*tempoyak ..campurkan dgn bahan yg ditumbuk tadi*

*ni ikan patin yg dh dikerat-kerat.. Nak buat sekor dia saje pun bole.. Ikan, pilih saje ikan kesukaan korang k.. Ha..lagi 1 nak pesan, kalau nak bakar ikan patin cmni, pilih yg size kecil..baru la bahan2 dia meresap smpai ke tulang..hihi*

*nin dia dah campoq* hehehe

*ha..tu..dh salut kt ikan..and dah susun atas daun kunyit n daun pisang*

*ok bungkus cmni..*

*erkk....dah siap bungkus, aku lupe kat daun kesum weyhh.. Mane jadi.. Umpama tomyam takdak daun limau purut.. So aku bukak balik dan tabur jelah atas tu..hihihi*

*bungkus dgn kertas aluminium and bakar pada suhu 190°c selama 45-50 minit*

*dah siapppp... Ini la rupa dia... Tu aku dh asingkan daun kesum yg aku 'tabur' atas ikan tadi..sbb nampak serabut nak snap pic..hehehe*

*dan sy hampir tak tau ape maksud diet... Sy lupa sy nak selim..sy makan dengan banyakkkkkk sekali..kbai*











Wednesday, April 22, 2015

KOS BRACES

Assalamualaikum... 
Hai semua...thnx sebab sudi bace lagi ^_^
Hari ni nak update kos braces yg aku buat aritu.. Nak update dari sehari ke sehari..tak buat2...hihihihi

Macam yg aku bagitau haritu, braces ade byk jenis..
Korang google la ye..banyak je blogger update pasal detail and jenis braces ni.

Aku just nak update yg aku punye je hihihi... Aku pakai braces yg jenis DAMON kat KLINIK PERGIGIAN RADZI. Tapi dengar cerita, doktor dah tak ambil jenis ni lagi dah.. sebab agak costly...

Korang boleh tanya doktor la, gigi korang sesuai utk braces jenis ape.. ;)

DAMON BRACES COST;-

Deposit :- RM 1800
Moulding :- RM 120
Cabutan :- RM 60 / sebatang
X-RAY :- RM 140
Instalment :- RM 180 (bulanan)

TOTAL Package :- RM 5500

Sekian, terima kasih... ^_^


Wednesday, March 4, 2015

Asam Pedas Untuk Saya ^_^

....jom masak asam pedas weyh... ^_^

~ 2 ulas bawang putih ~
~ 3 biji bawang merah ~
~ 2 biji bawang besar ~
~ 2 batang serai ~
 ~ 5 sudu cili giling ~
~ segenggam daun kesum (sy suke banyak2 ^_^) ~
~ 2 helai daun limau purut ~
~ sedikit pati air asam jawa ~
~ sekeping asam keping.. ^_^ ~
~ minyak untuk menumis ~
~ secubit garam ~
~ sedikit gula ~
~ sedikit ajinomoto ~
~ ikan / ayam / daging ~
~ bendi ~
~ tomato ~

Mula2, korang blend la dulu bawang2 tu... nak kasi kuah dia smooth.. takde la nnti korang nak hirup kuah pun tersekat2..hihihih
Lepas tuh, korang panaskan la minyak..tumis bawang tadi...dh sedikit garing tuh, masuk cili giling..biar lama sikit..masa nih korang dah boleh letak garam, gula, aji, serai, halia (halia kalau taknak letak pun bole...ikut korang nak masak ape la...kalau ikan tu hanyir, letak la kut)...
Bila dah nampak cili tu masak, korang letak la asam jawa, asam keping, daun kesum, daun limau purut..
Lepas tu, kalau korang punye menu tu daging or ayam, korang dh boleh letak yg tu..tp kalau ikan, better letak last sbb takut ikan tu hancur..hihihi...
Korang masukkan la bendi tu ngn tomato...

Selamat Mencuba! ^_^

Wednesday, January 14, 2015

Aku Yang Sekarang, Bukan Yang Dulu...

Wah tajuk!
Haha...

Aaa..nak bebel ape ek kat entry nih...Ermmm...nak share some experience je sebenarnye...
Kite kan perlu belajar dari kesilapan-kesilapan dulu tu..Ehem ehem...hihihihi..
Ade lah satu kisah dalam hidup aku, yang aku lalui... Pedih menusuk kalbu uolss..
Akibat terlalu yakin.. Ya Allah, aku taktau nape aku yakin giler waktu tu.. Terfikir, dia lah jodohku... Tapi kisah dia dan aku hanya separuh jalan... Rasa down giler.. Patutlah memang ade kes-kes bunuh diri bile babit dengan kisah yang mcm gini.. Nauzubillah..

Tapi lepas kejadian itu, aku betul-betul bertekad... Aku nak berubah.. Biar aku cantik, biar aku jadi lebih bijak. Jangan kerana dia, aku jadi lebih hodoh, lebih bodoh!
Aku taknak jadi macam dulu.. Walaupun dalam hati ni masih sayang.. Rasa sakit sangat bila ingat dia. Terasa macam ada satu dendam kesumat dalam hati.. (wah gittew!)
Tapi still kadang-kadang dalam doa tu, memang sebut nama dia..mintak Allah jauhkan dia dari kesusahan.. bahagiakanlah dia.. :'(

Sekarang, kalau ingat dia, tak lah macam dulu.. Sedih tu ade, tapi tak nangis sangat la..hihi. Aku berkawan je dengan sape-sape.. Biarlah. Tapi aku lebih berhati-hati.. InsyaAllah...

Aku harap aku lebih positive.. Aku harap aku lebih tabah.. Dan aku harap aku lebih bahagia berbanding dulu..insyaAllah...
Nah blanje pic satu..hihihi


Monday, January 12, 2015

Resipi Sambal Belimbing Hitam (Pahang Dishes)

Nak share ngan korang resipi Sambal Hitam nih... ^__^

Bahan:
100 g belimbing hitam
200 g ikan bilis
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 / 15 biji cili padi
10g kunyit hidup
Garam secukup rasa
Secubit gula
Sedikit kicap lemak manis
Perasa tambahan (ajinomoto)

Cara:
3/4 ikan bilis, digoreng garing (jgn sampai keras lak)

Tumbuk cili api dengan garam dan kunyit...
(pastikan biji cili ditumbuk lumat...tak baik utk kesihatan kalau termakan biji cili tu..huhuhu)
Masukkan 1/4 ikan bilis dan belimbing hitam


Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bawang merah yg dimayang.
Masukkan bawang besar yg dipotong besar-besar... ^__^

Bila dah harum semerbak dapur korang dengan bawang yg ditumis nih, boleh la masukkan bahan-bahan yang kita tumbuk tadi...

Ehmm...minyak yg digunakan sebenarnye agak banyak.. (tapi tak la macam goreng ayam pulak ye)
Sebab nak bagi dia masak betul2...
Masa korang dah masukkan bahan2 yang ditumbuk tu, pastikan api tak besar sangat ye.
Pastu, masukkan air sikit-sikit.
Tumis sampai kering.
Berkuah or kering, terpulanglah kat korang.
Sambal ni best makan kering2..
Masam, pedas...yummy... ^_^

Korang masukkan la gula sikit...kicap sikit...ajinomoto sikit..
Bile rase dah ngam, sambal pun dah kering, korang boleh la hidangkan...
Selamat Mencuba!





Sunday, January 11, 2015

Pakai Braces Boleh Kurus??

Assalamualaikum...

Pakai braces bole jadi kurus???
Haa...betul tu...tapi atas orang tu jugak la...
Kalau dia jenis yang suke makan, dia tetap akan makan jugak..hehehe.
Macam aku, aku ni cepat jemu kut... 
Bile sakit, boleh la makan bubur je..
Bile dah tak sakit, aku makan macam biase je...hihi..
Tapi untuk tiga bulan pertama, aku control makan gak la..
Gara-gara susah nak mengigit...
Hihihi...


Tuesday, January 6, 2015

T.E.M.E.R.L.O.H

Assalamualaikum warahmatullah...


Hatiku di Temerloh...

Sebenarnya tak sangka..hati boleh terpaut disini...
Dulu2 masa kerja kat KL, memang tak mau balik Pahang.
Dapat tau kene keje kat Pahang, memang nangis tiada henti...huhuhuhu.. (tah hape2 kan)
Tapi dah setahun lebih duduk sini..kerja sini...best je...
Angan-angan nak beli rumah kat sini..
Pencen kat sini...and habiskan sisa2 usia disini.. InsyaAllah Biiznillah...


Peristiwa setiap hujung tahun, Temerloh mesti banjir..

(Disebabkan kedudukannya berdekatan dengan sungai Pahang)
Namun 2014, melakar peristiwa yang agak tragis bagi aku.
Tahun 2013, aku ade jugak disini. Tapi banjir nye tak lah seteruk 2014.


Aku bersimpati untuk semua rakan-rakan di Temerloh, saudara-mara di Jerantut.

Turut bersimpati untuk rakyat Kelantan... Allahu Akhbar.. Banjirnya seakan mini tsunami :'(


Disini aku nak share sekeping gambar, yang cukup2 aku suka...cantik dia snap. Aku songlap ye..hehe..

Dapat kat group TEMERLOH, di FB...


pic taken on 02 January 2015

Monday, January 5, 2015

Braces: Overbite...before and after.... so inspired!!!

Assalamualaikum WBT

Hi everyone! Hello to every one who needs braces! Hello to everyone who have overbite like me...hihihihi.
This morning, I want to show you a pic from one blog.. I always read her blog. So inspired!!!
Mine...Urm... not yet upload..hihihi..
She has teeth same like mine...
But she got already result... She wear braces for two years plus I think. Mine only 3 months..LOL...
Tak sabar nak jumpe dentist every month tuh...aduuhhh ...hihihi
Here I put her picture... and her blog link...
Enjoy guys... Please hurry meet ur dentist... Takkan menyesal InsyaAllah...


Link: https://bracefacegirl.wordpress.com/