Thursday, December 8, 2016

PERUBAHAN...

Assalamualaikum semua pembaca blog tegar (sy bukan, sy malas baca : P )

Hmmmm...nak tanye..Korang malu tak untuk upload gambo muke sendiri kat internet? Dari dulu aku janji nak letak gambar kan? Segan sebenarnye hihihi...
Sekarang dah dua tahun lebih pakai braces. Doktor cakap dah last stage ni. Bila-bila pun dah boleh nak bukak. Doktor tanye aku, nak kawen bila? Dalam hati aku cakap, kalau  boleh, nak kawen petang ni dah (gelojoh gila kan haha)... Doktor suruh aku bagitau 6 bulan sebelum kawen..ade plan dia kata... Haish..aku rase ni tak sampai 6 bulan ni..ehem ehem ^_^'
Dulu-dulu kan, aku gi keje tak pakai mekap tau. Bedak pun tak pakai..Adoiii..malas gila la. Nak buat ape pakai, aku pikir. Bukan ade orang nak tengok pun. Ishhhh takde kesedaran langsung kan. Padahal, disebabkan tak pakai apa-apa kat muka ni, boleh buat kulit jadi teruk..terdedah dengan UV kan..hmmm...
Bila pindah Temerloh ni, baru la aku pakai krim itu ini.. Baru nak jaga kulit.. Tapi kan nanti-nanti, nak pakai Mary Kay lah..kate orang, Mary Kay tu elok kan... Hmm nantilah kumpul duit dulu... ^_^
Meh la nak belanja gambar sebelum dan selepas... Malas nak celoteh panjang..heeee
Babai

(yg kat kaler merah tu, sebelum pakai braces..jangan gelak..haha :P)

Sunday, January 24, 2016

Ku ikhlaskan hati... Ku relakan kamu pergi...

Kalau paras rupa yg menjadi ukuran, aku rela mengundur diri. Bukan tak mahu berusaha lagi tapi..paras rupa yg kamu dambakan itu, sesuatu yg memang aku tak dapat nak kekalkan.. Walau seberapa lama aku menanti jawapan kamu, tetap aku akan merelakannya.. Relakan kamu pergi... Aku halalkan semua usaha yg telah aku lakukan utk memenangi hati kamu. Aku sama sekali tidak akan marah (seperti yg aku katakan dahulu) untuk semua keputusan kamu itu.. Semoga dengan memilih yg rupawan, hidup kamu lebih bahagia. Aku akan sentiasa doakan kamu. InsyaAllah cinta aku sejak dari awal adalah ikhlas utk kamu... Sepertimana impian aku utk bertemu kamu kelak di syurga insyaAllah...

Semoga Allah mengganjari aku dengan pahala.. Semoga keluarga aku sentiasa bahagia.. Terima kasih untuk semua pengalaman indah yg telah dilalui.. Semua akan ku ambil iktibar..menjadi bekalan pelajaran utk masa hadapan...

Wednesday, January 20, 2016

Andai aku di tolak...

Persoalannya, perlu x aku marah? Atau sakit hati atau kecewa.. andai org yg aku nyatakan yg aku sayang tu, menolak pelawaan ku utk ke peringkat yg lebih serius? (Maksud aku ke alam pernikahan)... Jawapan nya sudah tentu tidak.. Kalau betul² ikhlas menyayangi, walau cinta tak berbalas, tetap aku akan mendoakan kebahagiaan kamu...seikhlas hati aku.. Kamu yg aku sanjung, semoga sentiasa sihat...gembira dan yg paling penting berada dalam keredhaan Allah. Aku teringin bertemu kamu...org yg aku sayang didalam syurga nanti. InsyaAllah...